Monday, February 24, 2014

Rindunya Seorang Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim.......


Pertama kali aku bergelar seorang perantau di negeri Kedah
Berdirinya aku di sini tanpa mengenali orang lain yang bukannya darah daging aku
Sehingga aku menemukan seorang gadis yang cantik dan comel 
Bermulalah pertalian antara aku dan dia sebagai sahabat

Hari semakin hari
Hubungan pertalian antara aku dan dia menjadi semakin rapat
Malah keluarganya sendiri sudah aku anggap sebagai keluarga aku sendiri
Aku bahagia dengan keluarga baru aku
Aku tidak lagi berasa kekok dalam persahabatan ini
Meskipun suatu saat timbulnya permasalahan antara kami
Aku dan dia masih lagi memahami antara satu sama lain

Sehinggalah suatu hari aku terasa dirinya tidak lagi bersama aku
Adakah aku punca semua ini ?
Apakah aku membuat kesilapan yang tidak aku ketahui ?
Di manakah kesilapan itu sahabat ?
Aku mencari-cari mana silap aku 
Mungkinkah aku penyebab hubungan kita menjadi semakin keruh ?
Mungkin aku yang bersalah ?
Aku tidak pasti jawapan itu sahabat 

Sesungguhnya aku sangat merindukan hubungan kita yang dahulu
Yang sebelumnya kau sentiasa dengan aku
Teringat disaat aku demam panas 
Kaulah yang menjaga makan minum aku
Kau menguruskan semua perihal aku 
Kemana sahaja aku pergi pasti bersama kau
Aku berterima kasih atas pengorbanan kau selama ini
Sampaikan orang lain tahu kita ni sahabat akrab

Sahabat !
Rindunya aku pada waktu dahulu
Rindunya aku di saat kita habiskan masa kemalasan kita
Rindunya aku pada kau tentang semua yang kita lalui bersama
Aku berharap kau datang semula pada aku
Aku menanti saat kehadiran kau 

Sesungguhnya aku mengharapkan agar hubungan kita 
menjadi seperti dahulu semula sahabat
Aku doakan agar kau berjaya dan kita memperoleh segulung ijazah bersama
Aku mengharapkan gambar kita berdua terpampang di dalam potret sebesar saiz A3
Aku mengharapkan hubungan kita kekal selamanya SAHABAT !